Belaan ku

Sunday, November 28, 2010

Muffin Pisang Berkeju bertukar menjadi lempeng,salah siape?

Aktiviti hari minggu?makan,makan,makan n makan...(pastu kau kalau orang kata kau gemok kau marah,kau maki orang yang cakap kau gemuk macam orang tu fitnah ko ade skendel ngan laki dia eh..)..makan dah mmg hobi aku(eceh,takde hobi lain ke kalau yepun ko nak cover yg ko mmg kaki mentekakdarah..?).so,dengan rakusnye aku menggoogle resipi utk kunun2nye nak dicuba...banyak sungguh resipi yang aku jumpe .Salah satunye dari blog 'secubit garam' ni...nampak sedap dan menggiurkan(ayat ko,kipas!!)..disebabkan ade pisang atas meja dapur tu yang mcm malu2 untuk dimakan,aku bergegas ke dapur..!


MUFFIN PISANG BERKEJU
sumber : http://secubitgaramnor67.blogspot.com

Bahan-bahan
250g tepung gandum
100g gula custor
50g gula perang
1/2 sk soda bikarbonat
11/2 sk baking powder
1/4 sk garam
75g keju cheddar - cincang kasar
300g pisang ambon atau apa2 pisang yg sesuai
2 biji telur
100g mentega - cairkan (hana kurangkan sket sbb agak oily)
1/2 sk esen vanila

Untuk Crumb ~ k.nor tak buat
50g gula perang
50g tepung gandum - ayak
50 butter tanpa garam sejuk - potong dadu
1/4 garam - jika menggunakan butter bergaram tak payah letak
1/2 sk serbuk cinnamon

Cara-cara
Untuk Crumb - Campur gula perang, tepung, garam dan kayu manis. Kacau rata. Masukkan butter dan gentel2kan sehingga jadik serbuk crumbs. Simpan dalam esbok sehingga masa hendak dgunakan.
Panaskan oven suhu 200 selama 20min. Dalam mangkuk campur tepung, baking powder, garam, keju, gula custor dan gula perang. gaul rata dan ketepikan.

Mangkuk lain, lenyek pisang. Kemudian masukkan mentega cair, telur dan esen vanila. Kacau menggunakan whisk sehingga sebati.
Tuang ke dalam campuran tepung tadi dan kacau rata menggunakan senduk kayu/spatula. Tak perlu over mix. Kacau asal sebati.
Tuang adunan ke dalam muffin cup sehingga 3/4 penuh. Taburkan crumbs dr peti sejuk tadi.
Bakar selama 25min. Keluarkan dr oven, biarkan 5 min baru keluarkan dari loyang/muffin tray.
Letak atas redai. Boleh hiaskan dengan hirisan pisang dan parutan coklat putih.
Hidangkan hangat dengan secawan kopi.


Tapi di sebabkan banyak benda takde,kat luar plak ujan..so ini je la yang mampu aku buat....



The best of the best "LEMPANG PISANG"..yummy..tapi resipi kat atas tu,korang leh try k...now aku nak makan..!bye


No comments:

Post a Comment